Wednesday, 23 July 2014

Kursus Kecantikan

Masa ni saya mengajar pensyarah-pensyarah kolej Vokasional Puteri Temerloh. Cara facial dengan betul dan cara menggunakan mesin-mesin facial. Alhamdulillah semua peserta memberi kerjasama dengan baik.


Seramai 10 orang peserta yang join kelas ni. Setiap pengaja mempunyai cara yang tesendiri termasuk lah saya. Mula-mula saya minta untuk sediakan seorang model yang mengalami masalah jerawat. Tidak sampai 10 minit Pn. Rohana telah datang dengan seorang pelajar yang mengalami masalah jerawat yang sederhana teruk.


Saya suka terus buat pratikal..Semasa saya mengajar, saya akan menerangkan setiap apa yang perlu adan tidak semasa mencuci muka.


Produk yang saya gunakan untuk rawatan muka adalah produk shakila skin care.https://www.facebook.com/ShakilaBeauty. Produk dari sumber alam semula jadi.


La Lizza Home Spa ditubuhkan

 Dengan membekalkan  pengalaman dan ilmu yang bertahun-tahun saya pelajari, pada 16 MEI 2014 saya tubuhkan sebuah spa yang diberi nama LA LIZZA HOME SPA.

 Spa yang berkonsepkan di dalam rumah. Walaupun spa ini di dalam kawasan perumahan, ketenangan dan keselesaan pelanggan sangat saya titik beratkan.

 Saya juga bersyukur kerna diberi kepercayaan untuk mengajar pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Puteri Temerloh.  

Alhamdulillah

 Selagi perkhidmatan kita bagus, di ceruk kampong mana pun pelanggan akan mencari kita.
Apa yang penting kita ikhlas melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan untuk kita. Ilmu yang ada kita berkongsi bersama. Ilmu kita sentiasa bertambah  dan sentiasa diguna pakai.

Alhamdulillah..

 Pada masa yang sama juga saya diuji dengan kesihatan suami saya. Saya terpaksa tutup spa selama 3 bulan. Untuk menjaga suami yang sakit. Masa tu kandungan saya dah membesar. walaupun saya tak larat. Saya gagahkan diri untuk menguruskan rumahtangga saya. Menjaga suami dan anak-anak saya.

 Penah saya dan suami saya masuk wad serentak. Masa tu saya hanya memikirkan keadaan anak-anak saya. Adik dan abang saya lah yang menjaga mereka dengan bergilir-gilir.

 Tak lama saya tinggal diwad. Saya minta keluar. Walaupun kandungan saya masa tu tidak stabil. Saya hanya memikirkan anak-anak saya.

 Akhirnya saya ambil keputusan untuk jual spa saya. Walaupun berat dan bertapa sukarnya untuk saya lepaskan spa saya, demi menjaga suami saya yang sakit pada masa itu dan menjaga anak-anak saya. Saya pasrah. 

  Sukarnya untuk saya buat keputusan. Bertapa sedihnya saya. Di situ la saya menangis, di situ la saya ketawa, di situ la jatuh bangun saya untuk menaikkan spa saya.

 Sudah setahun saya menyepikan diri dalam bidang kecantikan. Saya patah hati. Apa yang saya mampu hanya beserah kepadaNYA. Kerna saya percaya dengan janji-janjiNYA. Saya belajar untuk redha.

 Bukan mudah untuk meredhakan apa yang berlaku. Siang malam saya menangis. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Sepanjang setahaun itu saya tidak putus-putus terima massage dan pangilan dari pelanggan saya.

 Pengasas juga tidak jemu memberi semangat untuk saya bangkit semula. Akhirnya dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada. Kini saya membuka sebuah spa yang diberi nama LA LIZZA HOME SPA.

Alhamdulillah.. 

La Lizza Home Spa

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

 Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kerna membaca blog saya.Alhamdulillah..akhirnya saya dapat juga membuat blog khas untuk La Lizza Home Spa.

 Mungkin ada dikalangan anda yang sudah mengenali diri saya dengan Pengasas De Fantasy Spa.Ye.Memang saya adalah pengasas De Fantasy Spa.Kini De Fantasy Spa sudah setahun lebih saya jualkan kepada orang.

 Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya jual spa saya dulu.Baik la, saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman yang saya lalui.

 Empat tahun lepas saya telah menubuhkan De Fantasy Spa.Masa tu saya mempunyai 2 orang anak.Anak kedua saya masih kecil lagi.Selama 2 tahun saya belajar dalam bidang kecantikan. Tiap kali saya dapat tahu ada kursus atau bengkel kecantikan,saya akan join.

 Saya sanggup dukung anak saya dukung beg pakaian,naik turun bas,LRT dan komuter untuk pergi ke tempat belajar. Saya tak penah menyesal. Kerna bagi saya yang membezakan seorang manusia dengan manusia lain adalah ilmu yang dia miliki. Jika ada ilmu ,tapi tidak gunakannya tiada guna juga.

 2010, bermula turun naik perniagaan saya. pelbagai-bagai dugaan yang saya lalui. Hanya Allah yang tahu bertapa sukarnya saya masa tu.

 Alhamdulillah pada 2011, saya bertemu dengan seorang pengasas produk kecantikan. Beliau sangat peramah,baik hati dan selalu bagi semangat pada saya. Saya bersyukur ditemukan dengan beliau. Beliau tidak jemu-jemu membantu dan memberi ilmu kepada saya. Beliau adalah mentol saya.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa beliau.

 Saya membuka sayap saya, dengan membuka cawangan di Mentakab. Saya ambil alih pengurusan di Mentakab. Manakala spa di Temerloh saya serahkan kepada pekerja saya uruskan. Jika kita terlalu percaya dan mengharapkan pekerja inilah padahnya. Saya terpaksa tutup spa Mentakab.

 Tak dapat saya jelaskan,bertapa sedihnya saya pada masa itu. Orang keliling yang saya sayang juga memberi tekanan pada saya. Mereka menyalahkan saya kerna membuka cawangan dan terlalu percayakan pada pekerja.

 Saya terjatuh mengenagkan nasib saya pada masa itu. Saya terlalu kecewa,saya terlalu sedih. Saya bersyukur kerna saya mempunyai seorang teman yang sangat menyayangi saya.Beliau yang menjadi tulang belakang untuk saya berdiri semula. Beliau yang memberi kekuatan untuk saya hadapi semuanya.

 Pada tahun 2013, sekali lagi saya diuji olehNYA. Pada masa itu saya mengandung. Disebabkan saya seorang pesakit P.I.D, pegerakan saya terlalu terbatas. Badan saya terlalu lemah. Semakin sarat kandungan saya. Kesihatan saya semakin teruk..